Sabtu, 18 Februari 2012

Khutbah Perpisahan/Wada` Nabi Muhammad SWA pada 9 Zulhijjah Th 10 , Hijjrah di Arafah


Khutbah Terakhir  Sebelum Rasulullah Wafat
Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan, aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti  kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang   yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia sepertimana kamu mengangap bulan ini dan  kota ini sebagai suci, maka anggaplah sebagai jiwa dan  harta setiap orang muslim sebagai amanah suci.

Kembalikan harta yang di amanakan kepada kamu, kepada pemilik yang berhak, janganlah kamu menyakiti siapapun, agar orang lain tidak menyakiti kami lagi, ingatlah bahwa sesungguhnya kamu, akan menemui tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.

Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba di batalkan sekarang.

Waspadalah terhadap syetan demi keselamatan agama kamu, dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara bersar, maka berjaga-jagalah  supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia sebagai mana manusia mempunyai hak atas istri-istri kamu, mereka juga mempunyai hak atas kamu, kiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk di beri makan dan pakaina dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan lemah lembut terhadap mereka karena sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukan orang yang tidak kamu sukai kedalam rumah kamu dan di larang melakukan zina.

Wahai manusia tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lagi agama baru, oleh itu hai manusia niatilah dengan betul dan pahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, niscaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, itulah Al-qur`an dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengarkan ucapanku, menyampaikan pula kepada yang lain semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah bahwa telah aku sampaikan RisalahMu kepada hamba-hambaMu, seketika turunlah ayat terakhir yaitu Qs. Al-Maidah : 3 `Pada hari ini Aku sempurnakan, kepada kamu agama kamu dan aku sempurnakan nikmatKu kepada kamu dan Aku ridho Islam sebagai agamamu.

Selepas musim haji itu, nabi Muhammad kurang sehat, Beliau wafat di pangkuan Siti Aisyah pada bulan Rabiul Awal.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar